Satu program Iftar Perdana dilaksanakan bagi meraikan rakyat Palestin yang tercedera sepanjang menyertai Great Return March. Hero-hero ini diraikan atas keberanian mereka berhadapan dengan sniper-sniper Zionis Israel demi menyuarakan hak-hak mereka yang dirampas.
Seramai 300 orang rakyat Palestin yang cedera dijemput bersama keluarga masing-masing untuk berbuka puasa yang dilaksanakan oleh MyCARE Gaza dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan As-Salama (OKU). Pejuang-pejuang ini hanyalah dikalangan orang awam. Mereka perlu diraikan bagi menyuntik semula semangat mereka (ada yang menjadi cacat dan trauma) kerana ditembak Zionis Israel. Iftar untuk hero-hero ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang menyumbang untuk tabung MyRamadan 1439H.
Lagi gambar-gambar di album Aqsa Syarif
JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam kempen MyRamadan tahun ini. Amalan menjemput orang berbuka, ataupun menyediakan makanan untuk mereka yang berpuasa merupakan satu amalan yang mulia yang digalakkan dalam sunnah Nabi S.A.W.
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
.
Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita memerlukan bantuan. Jom bersama kami membantu mereka! Ayuh hulurkan bantuan anda di https://www.billplz.com/myramadan
Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’
Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Maklumkan ke emel:
myramadan@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282
Reference: myramadan
Semoga Allah merahmati para penyumbang sekeluarga dan melipat gandakan rezeki insyaAllah.
Semoga gandaan pahala di bulan Ramadan ini menguntungkan kita di akhirat kelak.
“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim
“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”
[SidangMedia] Misi Pelayaran Break the Siege
Misi Freedom Flotilla ke Gaza Aktivis dari seluruh dunia bakal berkumpul di Istanbul pada 18 April 2024 untuk terlibat dalam persiapan akhir sempena misi Break