Iftar Istimewa: Gaza

Tajaan iftar di bawah Pakej Istimewa Iftar telah berjaya dilaksanakan di Deir Balah, Syamsul Hurriyah Camp, memberi manfaat kepada 900 orang penerima.

 

Juadah ini adalah hasil keprihatinan para penyumbang yang budiman:

 

Tuan Haji Ali Hassan Bin Mohd Hassan (Pengerusi Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd)
Haji Ahmad Kamal Hayati bin Yahya dan Hajah Nik Suryani bt Nik Abdul Rahman
Shahira Johan
Nurul Ain Mohamad
Masjid Al-Ittihad

 

Setiap pek iftar yang diagihkan bukan sekadar makanan untuk mengalas perut.
Ia adalah tanda bahawa saudara mereka di Malaysia tidak pernah melupakan mereka.

 


 

 

 

Di celah khemah dan bangunan yang musnah, 900 jiwa dapat berbuka dengan lebih sempurna hasil tajaan penuh kasih ini.

 

Semoga setiap suapan yang mengenyangkan itu menjadi saham akhirat yang berpanjangan buat para penaja.

 
Tonton video
 

Terima kasih kerana terus mempercayai MyCARE menyampaikan amanah ini kepada mereka yang memerlukan di Gaza.

 

MyCARE membuka peluang tajaan Pek Makanan Iftar yang akan diagihkan kepada penerima di negara-negara terpilih bermula 1 Ramadan hingga 28 Ramadan 1447H ini.

 

Setiap penyumbang akan dihubungi untuk meletakkan nama pada banner / bunting tajaan semasa program dilaksanakan.

 

Salurkan tajaan anda melalui:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per

Meneruskan perjuangan Mavi Marmara

Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Beheşti İsmail Songür, Presiden Mavi Marmara Foundation, Abdul Mejid, Pengarah Bahagian Antarabangsa, dan

Lebih ramai jururawat untuk rakyat Gaza

Alhamdulillah, seramai 86 orang pelajar kejururawatan telah berjaya menamatkan pengajian dengan bantuan pembayaran yuran daripada pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE). Kini, mereka telah mula berkhidmat