Hi Tea Kemanusiaan MRT 3.0 Johor kukuhkan ukhuwwah

Penyumbang ikhlas hati berbudi,
Ringan tangan menghulur bakti,
MyCARE bersatu teguh berdiri,
Keranamu Palestin kami di sini.

 

Penggerak MyCARE usahanya tak kenal penat,
Menyalur tenaga tanpa henti,
Rakan strategik erat bersahabat,
Bersama membela kemanusiaan sejati.

 

Ribuan langkah berpadu teguh,
Penyumbang, penggerak, rakan strategik sama berdetik,
MyCARE bersatu terus menyambung,
Keranamu Palestin, kasih tak terusik.

 

Begitulah akrabnya hubungan antara penggerak MyCARE, penyumbang dan rakan strategik yang bergabung dalam Hi Tea Bersamamu Palestin di Le Grandeur Palm Resort, Johor yang berlangsung pada 23 Ogos 2025.

 


 

 

 

 

 

 

Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung bermula dari jam 2.00 – 5.30 petang. Antaranya update terkini MyCARE Johor oleh Pengurus MyCARE Johor, Rozi Abdul Ghani, update terkini bantuan MyCARE kepada Palestin oleh Roha Hassan, Pengurus Besar Operasi MyCARE, persembahan khas oleh Saudara Ejut dan para pelajar LC (Learning Centre) MyCARE dan Forum Kemanusiaan Bersama Prof Dato Seri Ir. Dr Kamal Nasharuddin bin Mustapha selaku Pengerusi MyCARE dan Dr Darwisy Jabbar, Pensyarah Kanan UTM, Johor dan moderatornya Ustaz Anas Yaakob.

 

Sepanjang program berlangsung, terserlah sokongan padu dan hubungan yang erat antara para penyumbang, rakan strategik dan para penggerak MyCARE yang berazam untuk terus membantu MyCARE dan kemanusiaan sejagat.

 

Sejak Oktober 2023, MyCARE telah menyalurkan RM25.9 juta sumbangan kepada rakyat Palestin.

 

Teruskan sokongan! Tanpa sokongan semua, impian kemanusiaan tak akan dapat mencapai objektifnya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memperkasa mobiliti, memperteguh solidariti

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyempurnakan majlis penyerahan sebuah Van Toyota Hiace kepada rakan strategik kami, Palestinian Forum Malaysia (PFM), bertempat di Pejabat MyCARE.  

Tabung Kecemasan Banjir Nepal

Bagaimanakah seorang ibu mampu menatap sisa lumpur apabila rumah dan anak kecilnya dihanyutkan arus sekelip mata?   Lembah Bhote Koshi yang dahulunya tenang kini bertukar

Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa