Dua hari sebelum pelayaran

Alhamdulillah, program kesedaran Palestin di Cadiz bersempena kedatangan Al-Awda disambut baik penduduk tempatan.
Kami bekesempatan bertemu beberapa penduduk tempatan yang hadir melawat Al-Awda dan rata-rata bersemangat dan memberikan semangat kepada semua ahli misi dan crew flotila. Dan kami dapat ‘lepak petang’ dengan crew dan ahli misi sambil makan dodol. Terima kasih Bro Khairudin yang bawa dari Malaysia.

Antara perkara yang menarik pemerhatian kami:
1) Sukarelawan tempatan yang sangat komited dan membantu crew dan ahli misi
– Sukarelawan dikalangan penduduk Cardiz membantu membasuh baju crew dan ahli misi
– Sukarelawan menjadi tour guide kepada kapal dan menerangkan dengan hebat sekali berkenaan misi dan isu Gaza.
2) Penduduk tempatan menyokong isu Palestin
– Ramai yang datang menyatakan isu Palestin adalah isu kemanusiaan sejagat tidak kita apa pegangan kita. Jika kita seorang manusia yg waras kita akan bantu dan sokong dengan cara kita.
– BDS adalah salah satu wasilah atau cara paling berkesan untuk menekan Israel dan mereka bersama-sama menyokong usaha BDS.

3) Komitmen crew dan ahli misi
– Dari Norway, Canada dan US sanggup berkorban tenaga, kewangan bahkan mungkin nyawa mereka untuk misi ini yang memakan masa 2 bulan setengah. Itu komitmen mereka untuk Palestin. Kita?
[VIDEO]


https://www.facebook.com/mycarehq/videos/1250297538440651/
https://www.facebook.com/mycarehq/videos/1249761095160962/

 
Perjalanan dan pelayaran ini akan menjadi satu muhasabah BESAR buat kami kerana sesungguhnya KITA masih punya ruang untuk membantu lebih hebat lagi kerana kita bukan sahaja lihat dari kacamata kemanusiaan kita lihat dari kacamata seorang muslim.
Sepatutnya kita jauh lebih tinggi komitmen dan pengorbanan dari mereka.
Aiman Khairul Azzam | Dr Mohamad Faizal Zulkhifli
Ahli Misi Flotila ke Gaza
Cardiz, Spain

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memperkasa mobiliti, memperteguh solidariti

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyempurnakan majlis penyerahan sebuah Van Toyota Hiace kepada rakan strategik kami, Palestinian Forum Malaysia (PFM), bertempat di Pejabat MyCARE.  

Tabung Kecemasan Banjir Nepal

Bagaimanakah seorang ibu mampu menatap sisa lumpur apabila rumah dan anak kecilnya dihanyutkan arus sekelip mata?   Lembah Bhote Koshi yang dahulunya tenang kini bertukar

Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa