Bersama memeriahkan Hari Keluarga Iman ELC

SKUDAI, 6 Julai 2019 – Telah berlangsungnya Hari Keluarga 2019 anjuran Iman ELC di Stadium Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia. Pihak MyCARE Johor telah dijemput untuk membuka booth bagi mengadakan pameran dan jualan yang bermula kira-kira jam 9 lebih sehingga 12 tengah hari. Sukarelawan yang terlibat adalah saudari Nor Shahidatul Akma dan saudari Nur Raudah Adam. Tidak ketinggalan juga Pengurus MyCARE Johor, Prof Madya Dr Mohd Zin Bin Kandar turut sama hadir pada hari ini.

Sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa anak-anak Iman ELC menambahkan keterujaan sukarelawan untuk mempromosi T-shirt edisi khas Freedom Flotilla dan kempen Korban 2019. Bahan pameran juga dipasang di sepanjang jalan pintu masuk ke stadium.

Lagi gambar-gambar di FB MyCARE Johor

Terima kasih warga Iman ELC.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Terus membela al-Aqsa

Alhamdulillah, MyCARE telah dijemput menghadiri sesi perkongsian maklumat berhubung perkembangan terkini Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia.   Pertemuan ini menghimpunkan wakil-wakil NGO

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per