Bantuan ke Timur Ghouta, Syria telah tiba!

Walau di bawah tanah sekalipun, bantuan anda sampai kepada mereka!
Baru-baru ini kita digemparkan dengan tragedi pembunuhan terancang di Timur Ghouta. Rejim Assad dan Putin memulakan serangan pada Disember 2017 dan merancakkan lagi pada awal Februari 2018. Kesan daripada serangan artileri dan udara, lebih 500 orang terbunuh dalam masa beberapa bulan sahaja!
Sejurus resolusi gencatan senjata yang dipersetujui UN, rejim Assad dan Putin meneruskan serangan baru mereka. Dalam masa beberapa bulan, betapa ramainya anak-anak kecil terkorban, anak kecil yang kehilangan ibu bapa dan orang tua kehilangan anggota badan.
Sebagai NGO kemanusiaan, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk membantu saudara-saudara kita di sana. Kami telah menjalankan Tabung Kecemasan Timur Ghouta untuk menghantar bantuan kecemasan kerana penduduk Timur Ghouta tidak mendapat akses bantuan kemanusiaan.





Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Penyaluran bantuan ini dilaksanakan oleh rakan NGO kami iaitu Ataa Relief (جمعية عطاء للإغاثة الإنسانية) di Timur Ghouta.
Kita boleh lihat mereka sedang bersembunyi di bawah tanah akibat ketakutan.
Penduduk Ghouta mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada rakyat Malaysia yang telah menyalurkan sumbangan kepada mereka melalui MyCARE.
Terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan sokongan dalam membantu sahabat-sahabat kita yang sedang memerlukan di Timur Ghouta.
Terus titipkan doa buat mereka di Syria.
Jika anda berminat untuk menyumbang secara online, layari https://www.billplz.com/mycare
atau
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA
Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
JomPay: Biller code – 6197
Terima kasih dan Jazakumullahu khayr.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk