Bantuan iftar kepada mangsa Battle of Marawi, Filipina

Bandar Marawi pernah menggemparkan dunia dengan konflik serangan terrorisme yang dikenali sebagai Battle of Marawi. Konflik ini berpanjangan selama 5 bulan bermula pada 23 Mei sehingga 23 Oktober 2017. Krisis ini menyebabkan 87 orang awam terbunuh manakala 3,152 bangunan dan perumahan musnah sepenuhnya dan 2,145 musnah sebahagian. Seramai 200,000 penduduk Marawi ditempatkan di penempatan sementara (IDP).
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengambil inisiatif untuk melaksanakan Iftar Perdana bagi membantu penduduk Marawi meringankan beban serta memudahkan bulan Ramadan mereka. Insya Allah 2 lagi program Iftar Perdana akan dilaksanakan di penempatan sementara yang didiami mangsa perang Battle of Marawi di Balindong dan Illigan. Tajaan iftar ini adalah tajaan dari rakyat Malaysia yang menyumbang dalam tabung MyRamadan 1439H.


Lagi gambar-gambar di album Nusantara Care
JUTAAN TERIMA KASIH kepada para dermawan yang telah menyumbang ke tabung MyRamadan 1439H. Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita memerlukan bantuan. Jom bersama kami membantu mereka!
Ayuh hulurkan bantuan anda di https://www.billplz.com/myramadan
Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’
Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Maklumkan ke emel:
myramadan@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282.
Reference: myramadan
Semoga Allah merahmati para penyumbang sekeluarga dan melipat gandakan rezeki, insya Allah. Semoga gandaan pahala di bulan Ramadan ini menguntungkan kita di akhirat kelak.
“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim
“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan

Kempen Penajaan Keluarga Asnaf Palestin

Keadaan keluarga di Palestin terus berada dalam keadaan yang sangat mencabar akibat konflik yang berpanjangan. Di sebalik setiap khemah dan rumah-rumah yang telah runtuh di

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan