Mohammed Irfan Mohammad Younus, 15 tahun adalah pelajar Tahfiz Al Amin MyCARE. Beliau merupakan anak yatim. Ayahnya meninggal kerana sakit, ketika usianya 4 tahun.
Kini, beliau berasa begitu bersyukur dengan pencapaian yang dinanti-nantikan. Hasil usaha penuh kesabaran tanpa mengira penat lelah.
Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang penghafaz Al-Quran selain berjaya menyempurnakan hafazan 30 juzuk Al-Quran.
Ia bukan sekadar pencapaian akademik atau ingatan semata-mata, tetapi kemenangan ruhani, hasil daripada kesabaran, disiplin, pengorbanan masa, dan keikhlasan hati kerana Allah. Setiap ayat yang dihafaz adalah amanah, setiap ulangan adalah mujahadah, dan setiap kesukaran adalah ladang pahala.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” (HR al-Bukhari)
Mohammed Irfan juga telah membuktikan bahawa status yatim dan pelarian bukan halangan untuk berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.
Majlis Syahadah akan dilaksanakan pada 19 dan 20 Disember 2025 ini. Moga beliau berjaya melalui ujian ini.
Seluruh keluarga, ustaz, guru, kakitangan dan sukarelawan MyCARE akan bersama dalam majlis tersebut tanda sokongan diatas pencapaian pelajar ini.
Kempen Bencana Sumatera
Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu