Al-Awda bertolak, pelayaran bermula!

Siri pertama pelayaran pertama bermula! Al-Awda bersama-sama Mairead dan Freedom ini berlepas dari Brygge, Copenhagen pada pukul 5.30 pagi (11.30 pagi waktu Malaysia) menuju ke Kiel, Jerman dan dijangka tiba pada 26 Mei 2018.
Pelayaran ini dianggarkan akan berhenti di sekurang-kurangnya 13 pelabuhan sepanjang perjalanan ke Gaza yang akan memakan masa kira-kira dua bulan setengah.
Tuan Hj. Kamarul Zaman Shahrul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Prof. Mohd Nazari Ismail, Pengerusi BDS Malaysia, mengibarkan bendera Malaysia dan Palestin bersama-sama Elizabeth Murray, ahli misi daripada Amerika Syarikat dari atas dek kapal Al-Awda sebagai simbolik permulaan pelayaran pada kali ini.
Untuk pengetahuan anda, misi pelayaran ini merupakan satu lagi cubaan Freedom Flotilla Coalition (FFC), gerakan solidariti akar umbi masyarakat antarabangsa, untuk memecahkan sekatan haram Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza. Misi kali ini disertai 4 buah kapal – Al-Awda (Pulang), Hurriya (Freedom) dan Mairead, yang membawa mesej solidariti dunia bersama rakyat Palestin.
Doakan supaya misi ini berjaya memecah kepungan rejim Zionis Israel di Gaza!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Walk For Humanity 2026 Kuantan

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh jayanya program Walk For Humanity 2026 di IIUM Kuantan. Terima kasih buat seluruh warga Kuantan yang telah hadir bagi memeriahkan

Terus membela al-Aqsa

Alhamdulillah, MyCARE telah dijemput menghadiri sesi perkongsian maklumat berhubung perkembangan terkini Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia.   Pertemuan ini menghimpunkan wakil-wakil NGO