Wajahnya muram dan anaknya tidak henti-henti menangis. Bila ditanya, jawabnya lesu, “Suami saya kemalangan, tak dapat kerja. Duit dan makan pun tak cukup,” jawab wanita yang bernama Salima.

Ini hanyalah satu keluhan yang lahir dari ribuan rakan-rakan Rohingya. Tidak semua antara mereka yang bernasib baik. MyCARE cuba membuatkan mereka tersenyum dengan agihan pek makanan sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Berkongsi rezeki terutamanya berkaitan dengan makan dan minum adalah ibadah yang mulia terutamanya di bulan Ramadan.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Untuk sumbangan kepada masyarakat Rohingya di sekitar Lembah Klang, Pek makanan bernilai RM20,000 telah diedarkan kepada 493 keluarga oleh pihak MyCARE. Setiap pek makanan mengandungi beras, bawang besar, bawang putih, kacang dhal, tepung dan kuih raya.

Agihan melibatkan keluarga dan pelajar madrasah dan komuniti Rohingya seperti berikut;

1. Madrasah Khairiah Kajang
2. Erca Learning Centre, Seri Kembangan
3. Madrasah Muinul Islam di Meru, Klang
4. Komuniti Rohingya Sungai Sekamat, Kajang
5. Masrasah Darul Hijrah, Gombak
6. Madrasah Al Islahiyah Al Islamiah, Teluk Panglima Garang,
7. Pusat Komuniti Rohingya Ampang

MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyalurkan sumbangan melalui kami. Teruskan berkongsi rezeki bersama saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik. Selama 8 tahun penubuhan MyCARE, kami telah menyalurkan lebih RM 100 Juta kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh dunia.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Ayuh kita pulun bersedekah demi membantu saudara-saudara kita melalui 2 langkah berikut:
 

1. Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’

Secara ONLINE > www.billplz.com/myramadan

Maybank Islamic : 5642-5856-0698
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
JomPAY Biller Code: 6197

2. Maklumkan melalui email

ke [email protected] bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282 dan nyatakan kemasukan untuk ‘Makanan’ atau ‘Iftar/Sahur’ atau ‘Hadiah Raya’.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE:
+603-8941 2341 atau 018-9089282 (En Sazlie).

Tempoh Projek: 14 Mei 2018- 25 Jun 2018

“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim

Sebarkan supaya lebih banyak perut yang terisi!