Bantuan pek makanan kepada Veteran TUDM

SUBANG, 9 Ogos 2021 – Mengambil momen Hari Pahlawan dan bulan Kemerdekaan, MyCARE mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan kepada para veteran pasukan keselamatan bagi mengenang jasa mereka yang telah berjuang demi kedaulatan negara dan berkhidmat untuk masyarakat Malaysia.

MyCARE telah dan sedang menyalurkan sumbangan pek makanan kepada 8 pasukan keselamatan iaitu TUDM, TLDM, PDRM, VAT 69, Bomba, ATM, Kastam dan Penjara.

Penyaluran pertama telah diserahkan kepada Persatuan Veteran Tentera Udara DiRaja Malaysia di Pangkalan Udara Subang.

Sebanyak 60 pek makanan untuk 60 buah keluarga veteran TUDM diserahkan oleh CEO MyCARE, Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar yang disaksikan oleh Setiausaha Agung, Persatuan Veteran Tentera Udara DiRaja Malaysia, Brigadier Jeneral Dato’ Dr. Ismail Maluri TUDM (Bersara).

Para penerima manfaat terdiri daripada golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Pek makanan ini mengandungi beras, minyak, telur, tepung, bihun, gula, bawang, kentang, ikan bilis, susu pekat, teh, dan lain-lain.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka walaupun tidak tertanding dengan sumbangan besar mereka untuk negara. Diharap inisiatif ini menjadi tanda bahawa rakyat Malaysia tidak melupakan mereka yang telah berjasa.

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Yaman

Lebih sedekad konflik yang berterusan di Yaman telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jutaan kanak-kanak dan keluarga. Mereka bergelut untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan,

Seorang penaja. sebuah harapan

Setiap anak berhak membesar dengan kasih sayang, pendidikan dan kehidupan yang sempurna.Namun bagi ribuan anak yatim di Palestin, mereka terpaksa membesar dalam suasana peperangan, kehilangan

Projek telaga air bantu rakyat Gaza

Alhamdulillah, melalui Projek Kecemasan Pemulihan Infrastruktur Air, MyCARE telah berjaya menyiapkan sebuah telaga air baharu berkapasiti sederhana di kawasan Al-Amn Al-Aam, Utara Gaza.   Projek