Bantuan peralatan COVID19 ke Hospital Kajang

KAJANG, 18 Ogos 2021 – Menyahut rayuan para frontliners yang bertungkus-lumus membantu dan merawat pesakit-pesakit COVID-19 dengan pelbagai kekurangan peralatan di hospital-hospital awam, MyCARE telah menyalurkan bantuan peralatan ke Hospital Kajang.

Antara peralatan yang disumbangkan adalah:

1. Oxygen stand – 10 unit
2. IVD stand – 10 unit
3. Medical regulator – 5 unit
4. Fire extinguisher – 5 unit
5. Sinitizer – 300 unit
6. Mask N95 – 300 unit
7. Oxygen concentrator – 2 unit
8. Coklat (pelbagai jenama) – 20 kotak

Penyerahan bantuan ini disampaikan oleh Dr. Mohamed Ikram Mohamed Salleh, Ahli Pemegang Amanah MyCARE yang disaksikan Dr. Mardiah binti Masahruddin, Timbalan Pengarah (Perubatan 1), Hospital Kajang.

MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang MyCARE, Yayasan Buruj, dan Torku Malaysia atas sumbangan dalam Tabung Bangkit COVID-19.

MyCARE menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama kami dalam Tabung Bangkit COVID-19 untuk membantu frontliners dan rakyat Malaysia yang terkesan. Bantuan ini merangkumi dari aspek peralatan, pendidikan, makanan dan lain-lain.

Rakyat Malaysia yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan anda ke:
https://mycare.qrd.by/covid

Suka untuk kami kongsikan pengurusan sumbangan anda melalui MyCARE diuruskan dengan amanah. Kami di-audit oleh top 5 firma terbaik antarabangsa iaitu firma BDO serta laporan kewangan boleh didapatkan di SSM setiap tahun.

Pengiktirafan lain seperti pengiktirafan dari Bank Negara Malaysia dan United Nation boleh rujuk di laman web MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per

Meneruskan perjuangan Mavi Marmara

Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Beheşti İsmail Songür, Presiden Mavi Marmara Foundation, Abdul Mejid, Pengarah Bahagian Antarabangsa, dan

Lebih ramai jururawat untuk rakyat Gaza

Alhamdulillah, seramai 86 orang pelajar kejururawatan telah berjaya menamatkan pengajian dengan bantuan pembayaran yuran daripada pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE). Kini, mereka telah mula berkhidmat