Sukarelawan diperlukan!

Sempena Hari Anak Yatim Sedunia (World Orphan Day) pada 11 November 2019, MyCARE akan mengadakan program “Green Explorace with Orphan” di Paya Indah Wetlands pada 16 November 2019, Sabtu. Program ini bertujuan untuk mendidik anak-anak yatim Rohingya di bawah tajaan MyCARE seperti menjaga dan mencintai alam sekitar, bekerjasama dalam kumpulan serta kebolehan dalam berkomunikasi dengan masyarakat sekaligus ianya dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri kepada anak-anak ini untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.

Jom sertai kami menjayakan program ini dengan menjadi sukarelawan yang menabur bakti membantu, mendidik dan menggembirakan golongan yang kurang bernasib baik. Mereka memerlukan orang seperti anda!

Ha! Jika semangat anda tengah berkobar-kobar, jangan buang masa save the date. Daftar secara online di:

Tempat adalah terhad! Untuk maklumat lanjut hubungi:

Cik Della 603-89412341 / 6019-2276760

8 comments

    1. Terima kasih atas pertanyaan. Tiada bayaran pendaftaran menjadi sukarelawan, tetapi ada yuran di antara RM5 – 10 untuk menyertai Training of Volunteers (kursus ini diwajibkan) di mana kami akan memperkenalkan MyCARE dan etika-etika kesukarelawanan. Kami berharap Puan / Cik dapat bersama kami.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per

Meneruskan perjuangan Mavi Marmara

Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Beheşti İsmail Songür, Presiden Mavi Marmara Foundation, Abdul Mejid, Pengarah Bahagian Antarabangsa, dan

Lebih ramai jururawat untuk rakyat Gaza

Alhamdulillah, seramai 86 orang pelajar kejururawatan telah berjaya menamatkan pengajian dengan bantuan pembayaran yuran daripada pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE). Kini, mereka telah mula berkhidmat