MyCARE santuni Rohingya di Kedah

Alhamdulillah, seramai 10 keluarga disantuni melalui program MyCARE – UNHCR Kedah dan penajaan.

Antara keluarga yang disantuni adalah Puan Ayesha Begum – Alor Setar, Selatullah – Sungai Petani, Puan Rukiya Begum – Kuala Ketil dan Puan Senuara di Labu Besar.

Agihan telah dilakukan oleh Pengurus MyCARE Kedah, Encik Abdul Wahab Yahya, yang juga melaksanakan tugasan lapangan Projek CBI.

Turut bersama, Pengurus Besar, Puan Roha Hassan dan Cik Khadijah Said, Eksekutif CBI MyCARE dari Ibu pejabat MyCARE. Mereka melakukan pemantauan perlaksanaan Program CBI ini di Kedah bertujuan untuk memberikan sokongan dan memastikan tugasan yang dilaksanakan pada tahap yang baik.

Selain itu, agihan kepada 6 keluarga asnaf Rohingya turut dilakukan di Sungai Petani dengan bantuan Ustazah Farah Najwa.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memperkasa mobiliti, memperteguh solidariti

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyempurnakan majlis penyerahan sebuah Van Toyota Hiace kepada rakan strategik kami, Palestinian Forum Malaysia (PFM), bertempat di Pejabat MyCARE.  

Tabung Kecemasan Banjir Nepal

Bagaimanakah seorang ibu mampu menatap sisa lumpur apabila rumah dan anak kecilnya dihanyutkan arus sekelip mata?   Lembah Bhote Koshi yang dahulunya tenang kini bertukar

Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa