MyCARE hantar misi bantuan Ramadan ke Somaliland

SEPANG, 10 Mei 2019 – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menghantar misi bantuan kemanusiaan Ramadan ke Somaliland bagi membantu penduduk Somali yang dilanda kemarau berpanjangan menyebabkan krisis kebuluran berterusan, hari ini.

Misi MyRamadan MyCARE ke Somaliland membawa bantuan jumlah keseluruhan RM200,000 terdiri daripada pek makanan, iftar dan sahur serta bekalan air bersih.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE misi bantuan MyRamadan ke Somaliland ini merupakan bantuan kali kedua hasil sumbangan rakyat Malaysia.

“Kemarau yang berpanjangan juga menyebabkan aktiviti pertanian dan penternakan lumpuh. Bekalan makanan yang tidak mencukupi dan kenaikan harga barang telah menyebaban rakyat Somali mengharap ihsan bantuan kemanusiaan daripada NGO antarabangsa.”

“Dua jenis bantuan utama akan diserahkan dalam misi ini iaitu pek makanan yang mengandungi beras, tepung, gula, tamar dan minyak untuk 2,000 keluarga bagi setiap kampung dengan setiap keluarga terdiri daripada enam hingga sembilan orang dan bekalan air bersih serta pek berbuka dan sahur bersama penduduk di pedalaman Burao, Somaliland,” tambah beliau.

Misi Ramadan MyCARE dengan kerjasama iamFaithmen turut disertai penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir.

Dalam pada itu rakyat Malaysia yang ingin menyalurkan bantuan projek Ramadan MyCARE boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan dalam talian https://mycareproject.org/myramadan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Malapetaka 15 Mei 1948

An-Nakbah bermula pada tahun 1948, rentetan daripada pengisytiharan negara Israel. Secara paksa, lebih 750,000 rakyat Palestin dihalau keluar dari kampung halaman mereka, manakala ratusan bandar

Pakej Pilihan Palestin

78 tahun berlalu sejak tragedi Nakbah 1948, namun luka rakyat Palestin masih belum sembuh. Hingga hari ini, jutaan warga Palestin terus hidup sebagai pelarian, dinafikan

Car boot sale @ Kota Damansara

Kami sedang mengumpul barangan terpakai untuk dijual di Kota Damansara seperti tarikh di poster.Barangan terpakai yang kami sasarkan ialah seperti: Perkakas rumahBeg atau handbagMainan kanak-kanak

Ikuti perjalanan flotilla secara rasmi

Empat kapal FFC dengan 30 peserta dari 12 negara telah memulakan pelayaran dari Sicily.Freedom Flotilla Coalition menyeru komuniti antarabangsa, masyarakat sivil, dan pihak media agar