Posko Kubur Cina, Donggala Selatan

Menangis ibu-ibu ini menceritakan kisah ketika kejadian gempa di tempat mereka. Kejadian yang berlaku sebelum Maghrib, 28 Sept. Ada yang sedang memasak, ada yang dalam perjalanan ke masjid dan sebagainya. Ibu Eli Marzuki, 65 tahun, melarikan diri dari rumahnya dan ketika kejadian kelihatan seorang ibu yang sedang menangis apabila pagar menghempap anak kecil yang berumur 6 tahun dan ramai yang menjerit meminta tolong umpama sudah kiamat.
Malam 28 Sept itu semuanya berlari ke bukit yang di situ terletaknya Kubur Cina dan mereka tidak mampu tidur lantaran trauma yang teramat. Hanya berbumbungkan langit, tangisan anak2 kecil dari malam hingga ke pagi. Posko (khemah sementara) ini menempatkan lebih 900 orang dan 241 keluarga. Ibu Eli juga menangis mengenangkan saudara-saudaranya yang terkorban di Palu di mana rumah-rumah mereka sudah habis dihentam ombak.

Lagi gambar-gambar di FB MyCARE
Kami menghabiskan masa hampir 30 minit bersama ibu-ibu ini. Dalam berbual itu akhirnya terukir juga senyuman dan gelak tawa bersama. Mereka di khemah ini menghuni seramai 30 orang! Tidak dapat dibayangkan betapa sesaknya khemah ini.
Sebelum meninggalkan posko ini mereka mengirimkan salam dan ucapan terima kasih yg tidak terhingga kepada rakyat Malaysia yang membantu mereka. Semoga Allah merahmati para penyumbang! Ameen.
Insya Allah esok (Jumaat) MyCARE akan menyalurkan food pack kepada seramai 900 orang di sini.
Teruskan menyumbang ke Tabung Gempa Tsunami: www.billplz.com/tsunamisulawesi
Aiman Khairul Azzam
Ahli Misi Gempa Tsunami Sulawesi

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

EDU TRIP 2026: Pendidikan Tanpa Sempadan

Setiap anak berhak merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Melalui program Edu Trip 2026, anak-anak yatim dan asnaf yang merupakan Pelajar Learning Centre MyCARE

MyQurbani Aceh

“Setiap kali hujan turun, kami masih trauma jika banjir berlaku lagi. Kami belum pulih sepenuhnya daripada banjir yang lalu.” Demikian luahan Pak Ferdi, salah seorang

Projek Adopt a Hafiz

Ketika ramai kanak-kanak di Gaza berdepan kehilangan tempat tinggal, kemiskinan dan trauma peperangan, masih ada yang istiqamah menghadiri halaqah Al-Quran untuk menghafaz kalam Allah SWT.

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah