Dr. Mohd Afandi Salleh Telah Selamat Kembali Ke Pangkuan Keluarga

[UNTUK EDARAN SEGERA]
1 Ogos 2018

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) sukacita memaklumkan bahawa Dr. Mohd Afandi Salleh, aktivis MyCARE yang menyertai misi flotila ke Gaza – Just Future for Palestine (JFP), yang diculik dan dipenjarakan oleh Israel pada 29 Julai 2018 (Ahad) baru-baru ini selepas kapal yang dinaikinya dirampas oleh tentera Israel telah selamat kembali ke pangkuan keluarganya malam tadi.
Dr. Mohd Afandi Salleh tiba di KLIA jam 7.40 malam dari Bangkok selepas dibebaskan dan diterbangkan dari Tel Aviv dengan pesawat Israel Airlines El Al semalam. Beliau dibebaskan selepas dipaksa menandatangani surat akuan bahawa beliau cuba menceroboh masuk ke Israel.
Setakat semalam, 5 orang peserta misi telah dibebaskan (termasuk Dr. Mohd Afandi). Walau bagaimanapun, tekanan ke atas Israel perlu diteruskan agar semua baki peserta misi turut dibebaskan, bantuan perubatan yang dibawa sampai kepada penduduk Gaza dan sekatan 12 tahun ke atas Gaza dihentikan.
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong misi JFP dan mendoakan keselamatan dan pembebasan segera Dr. Mohd Afandi Salleh.
Tn. Hj. Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Ketua Pegawai Eksekutif,
Humanitarian Care Malaysia
(MyCARE)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per

Meneruskan perjuangan Mavi Marmara

Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Beheşti İsmail Songür, Presiden Mavi Marmara Foundation, Abdul Mejid, Pengarah Bahagian Antarabangsa, dan

Lebih ramai jururawat untuk rakyat Gaza

Alhamdulillah, seramai 86 orang pelajar kejururawatan telah berjaya menamatkan pengajian dengan bantuan pembayaran yuran daripada pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE). Kini, mereka telah mula berkhidmat