MyCARE & Econsave anjur Shopping Raya

KUALA LUMPUR, 9 Jun 2018 – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan kerjasama Econsave Malaysia mengadakan program amal bersama 30 orang Sahabat Jalan TAR bagi persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.
Econsave menyumbang RM3,000 bagi menjayakan program amal ini. Setiap orang menerima voucher RM100 bagi membeli kelengkapan Syawal.
Program ini dijalankan setiap tahun bagi membantu golongan setempat. Bantuan ini juga sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban mereka dan menyemarakkan lagi semangat Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.




Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Bagi pihak MyCARE, peluang bekerjasama bersama badan korporat Econsave adalah peluang yang baik untuk membantu tempatan yang memerlukan.
Seramai 30 orang Sahabat Jalan TAR yang disantuni hari ini terdiri daripada asnaf.
Mereka terlibat aktif dengan program StreetNgaji yang dianjurkan setiap minggu oleh Rose2Rose, sebuah agensi di bawah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).
Mereka diajar membaca Al-Quran setiap minggu oleh sukaralewan Rose2Rose.
Sebelum ini Econsave juga menghulurkan sumbangan keperluan asas kepada anak-anak yatim, asnaf serta anak-anak tahfiz Rohingya bersama MyCARE.
Kita berharap agar program seperti ini dapat diteruskan agar memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Norsham Abu Bakar
Ahli Lembaga Pemegang Amanah,
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah

Peluang akhir sertai MyQurbani

Berita baik untuk yang belum menyertai MyQurbani.Kami lanjutkan tempoh bagi 5 pakej iaitu Pakej Somalia, Yaman, Syria, Sejuk Beku dan Sedekah Daging Gaza sehingga 24

Terima kasih semua!

Dipintas dan diculik bukan bererti misi ini gagal.   Perjuangan ini akan terus diwarisi dari generasi ke generasi untuk mencabar kuasa-kuasa besar yang menindas.