Iftar bersama membawa ceria di wajah Rohingya Zon Utara

Hidangan Nasi Daging, sirap, teh O panas dan buah tembikai walaupun sederhana mampu mengukir senyuman di wajah anak-anak Rohingya di Zon Utara.
Majlis iftar turut diserikan dengan tazkirah, doa selamat dan motivasi Ramadan.
Selain itu, agihan pek makanan yang terdiri daripada beras, gula, minyak, bawang besar, kentang, rempah dan kacang dhal telah disampaikan kepada penerima oleh Pengurus Besar Operasi MyCARE, Puan Roha Hassan kepada para penerima manfaat.
Program anjuran MyCARE secara kerjasama dengan Baitul Rahmah, Sungai Petani ini melibatkan 85 orang pelajar dari 58 buah keluarga


Manakala, Program Agihan Sumbangan Pek Makanan daripada MyCARE kepada masyarakat Rohingya Pulau Pinang pula diadakan di Persatuan Islam Untuk Kemajuan Rohingya.
Penerima manfaat terdiri daripada 50 keluarga.
Sumbangan disampaikan oleh Puan Roha Hassan, Pengurus Besar Operasi MyCARE bersama Pengerusi MyCARE Pulau Pinang, En. Aris dan barisan AJK, En Rusli, Dr. Yusri dan Haji Hassan.
Sebahagian sumbangan telah diserahkan terus kepada penerima di rumah masing-masing.



Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Begitulah secebis kebaikan di dunia sudah terlihat cahaya kegembiraan, apatah lagi bila kelak bertemu Allah SWT yang telah menjanjikan nikmat yang besar buat hambaNya yang beramal dengan memberikan makan dan minum kepada mereka yang berpuasa.
Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda:
الصَّائِمُ إِذَا أَكَلَتْ عِنْدَهُ المُفَاطِرُ صَلَّتْ عَلَيْهِ الملائِكَةُ
Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.”
(Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah)
Seperti tahun-tahun sebelum ini, agihan pek makanan Ramadan oleh pihak MyCARE akan melibatkan penerima dari dalam dan luar negara. Sasaran agihan untuk penerima dalam negara adalah RM70,000.00 Untuk tujuan agihan dan perkongsiaan rezeki Ramadhan, kami menyeru para dermawan untuk menyumbang menerusi 3 pakej tajaan seperti berikut:

  • Pek makanan (RM 500 / unit)
  • Iftar / Sahur (RM 100 / unit)
  • Penajaan Hadiah Raya (RM 50 / unit)

Penajaan Makanan (sahur, iftar dan pek makanan) dan hadiah Raya akan diagihkan kepada lebih 100,000 penerima manfaat di tempat-tempat berikut:
Gaza
Masjid Al-Aqsa (Baitul Makdis)
Tebing Barat
Syria
Lubnan
Yaman
Cox’s Bazar
Malaysia
Selama 8 tahun penubuhan MyCARE, kami telah menyalurkan lebih RM 100 Juta kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh dunia.
Ayuh kita pulun bersedekah demi membantu saudara-saudara kita melalui 2 langkah berikut:
 

1. Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’

Secara ONLINE > www.billplz.com/myramadan
Maybank Islamic : 5642-5856-0698
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
JomPAY Biller Code: 6197

2. Maklumkan melalui email

ke myramadan@mycare.org.my bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282 dan nyatakan kemasukan untuk ‘Makanan’ atau ‘Iftar/Sahur’ atau ‘Hadiah Raya’
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE:
+603-8941 2341 atau 018-9089282 (En Sazlie).
Tempoh Projek: 14 Mei 2018- 25 Jun 2018
“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju