Penyaluran pertama kempen MyRamadan kepada PPR Kota Damansara

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyasarkan kutipan RM3.5 juta bagi Kempen MyRamadan 1439H untuk tujuan pengagihan bantuan makanan kepada masyarakat Islam yang memerlukan di 21 negara sepanjang Ramadan dan Syawal.
Sebahagian besar bantuan itu akan disalurkan kepada rakyat Palestin di Gaza, Baitul Makdis, Tebing Barat, masyarakat Islam di Syria serta di kem-kem pelarian di Turki, Lubnan dan Jordan serta pelarian Rohingya di Cox’s Bazar.
Bantuan yang diberi berupa pek makanan bagi sahur dan iftar serta keperluan asas seperti beras, tepung, minyak, susu dan kurma untuk memastikan mereka dapat menjalani ibadah puasa dengan baik.




Lagi gambar-gambar di album MyCARE
MyCARE juga akan menyediakan bantuan Hari Raya seperti pakaian baharu dan duit raya kepada kanak-kanak yang memerlukan bagi memastikan mereka dapat meraikan Aidilfitri dalam keadaan gembira.
Sumbangan awal makanan mula disalurkan pada pertengahan bulan ini dan bantuan seterusnya akan dihantar pada minggu kedua Ramadan melalui rakan-rakan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) di negara berkenaan.
Terdahulu, MyCARE juga turut mengedarkan pek makanan kepada 50 buah keluarga penduduk PPR Kota Damansara.
Orang ramai yang ingin membantu projek MyRamadan di bawah boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad di Maybank Islamic 551575004299, Bank Islam 12092010034904, CIMB Islamic 8602135592 atau secara atas talian di http://www.billplz.com/myramadan
Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Ketua Pegawai Eksekutif
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju