Quran Hour & Pelancaran Adopt A Hafiz

SHAH ALAM, 4 April 2018 – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan kerjasama Muslim Professionals Forum (MPF) menyasarkan sumbangan sebanyak RM700,000 untuk kempen Adopt A Hafiz 2018.
Kempen yang bermula dari 1 April 2018 sehingga 11 Mei 2018 bertujuan menaja 700 hafiz lelaki dan perempuan berusia antara 8 tahun sehingga 25 tahun di semenanjung Gaza. Penajaan untuk seorang pelajar selama satu tahun adalah RM 900.
Sejak dilancarkan pada tahun 2013 sehingga 2017, kempen Adopt A Hafiz menerima sumbangan RM3.25 juta dan berjaya diagihkan kepada Dar Al Quran Al Karim Wa Sunnah (DQWS) bagi melahirkan para huffaz dan meningkatkan halaqah al-Quran di Gaza.



Dar Al Quran Al Karim Wa Sunnah (DQWS) adalah salah satu badan bukan kerajaan (NGO) dengan rangkaian pusat pengajian al-Quran yang terbesar di Gaza. Sejak 19 tahun yang lalu, DQWS mempunyai lebih 25,000 orang pelajar atau 2,500 kumpulan (halaqah) hafalan al-Quran.
Selain Gaza, kempen ini turut meliputi kawasan di utara dan tengah Gaza, Rafah dan Khan Younis. Sesi pengajian tahfiz bagi tahun ini akan bermula bulan 6 dan setiap pengajian memakan masa selama 4 tahun.
Pada tahun ini juga, MyCARE bekerjasama dengan Rumah Ngaji untuk menganjurkan Quran Hour dengan tema Ibrah Surah al-Israa di mana sesi tilawah dan tadabbur diadakan serentas di Malaysia dan Gaza bertempat di Auditorium Karangkraf, Shah Alam.



Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Orang ramai, badan bukan kerajaan atau badan korporat yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Islamic (5642 5856 0698) atau CIMB Islamic (8602 13 5592) atau Bank Islam (1209 2010 0349 04) di bawah nama Humanitarian Care Malaysia Berhad.
Sumbangan melalui ONLINE di sini: www.billplz.com/tajahafiz
Sebarang jemputan dan kerjasama untuk kempen ini boleh hubungi pegawai kami, En Aiman di talian +6012-2799734.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju