KUALA LUMPUR, 22 Januari 2018 – MyCARE diberi peluang bertemu dengan wakil Kedutaan Pakistan untuk berkongsi berkenaan tanggungjawab dan usaha-usaha terkini MyCARE di dalam membantu isu kemanusiaan.
Kunjungan ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor selaku Pengerusi MyCARE dan turut diiringi oleh dua orang ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Ir. Dr. Selamat Aliman dan Ar. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf. Pihak kami disambut mesra oleh Duta Pakistan di Malaysia, Tuan Mohammad Nafees Zakaria dan Kaunselor Kedutaan Pakistan, Tuan Atif Sharif.
![]()
![]()

Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Perkongsian dan pertukaran pandangan selama hampir 3 jam ini dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kedua-dua pihak. Semoga gerak kerja kemanusiaan akan lebih menyeluruh pada masa akan datang.
Penajaan Anak Yatim Lubnan
Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan. Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan