Misi Cox’s Bazar 3: Gifts of Smiles

Jelajah Dr. Fauziah Mohd Hasan dan Ann Wright diteruskan dengan misi kemanusiaan di Cox’s Bazar, Bangladesh bermula pada 26 November sehingga 2 Disember 2017.
Misi bantuan ini akan menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia yang berjumlah RM60,000 kepada pelarian Rohingya di kem pelarian di Cox’s Bazar.
Bantuan kemanusiaan ini merangkumi set kelengkapan kebersihan diri, selimut, perkakas memasak, kelambu dan pek makanan.




Sebanyak 500 pek makanan seberat 20KG telah diedarkan kepada 500 buah keluarga di kem Kutupalong. Pek makanan ini terdiri daripada minyak masak, bawang, kunyit, cili, beras, kacang dal, garam, kentang dan lain-lain.
Portable ultrasound telah diberikan kepada Dato’ Dr. Musa dan Brigadier General Dr. Adnan daripada Malaysia Field Hospital untuk dimanfaatkan bagi merawat pesakit Rohingya.
Selain itu, bantuan rawatan akan dilakukan kepada pelarian yang sakit dan aktiviti-aktiviti psikososial dibuat khas untuk kanak-kanak yang trauma.
Ahli misi juga telah melawat beberapa tempat untuk mengumpul maklumat bagi menubuhkan Pusat Wanita Rose2Rose serta pengambilan penajaan anak yatim Rohingya.




Lagi gambar-gambar di album Rose2Rose
Dr. Fauziah bersama ahli misi yang lain sempat melawat madrasah dan sebuah hospital persendirian untuk melihat keupayaan mereka merawat pelarian-pelarian Rohingya.
Pada tahun ini (2017), MyCARE telah menyalurkan bantuan pertama bernilai RM80,000, bantuan kedua bernilai RM150,000, bantuan ketiga bernilai RM100,000 dan kini bantuan bernilai RM60,000.
MyCARE mewakili saudara-saudara Rohingya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang istiqamah dalam membantu dan menyalurkan sumbangan melalui MyCARE.
Semoga kebaikan kalian dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Walk For Humanity 2026 Kuantan

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh jayanya program Walk For Humanity 2026 di IIUM Kuantan. Terima kasih buat seluruh warga Kuantan yang telah hadir bagi memeriahkan

Terus membela al-Aqsa

Alhamdulillah, MyCARE telah dijemput menghadiri sesi perkongsian maklumat berhubung perkembangan terkini Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia.   Pertemuan ini menghimpunkan wakil-wakil NGO