Anak Yatim & Keluarga Asnaf Palestin Terima Tajaan

Kempen Penajaan MyCARE ialah usaha berterusan yang menghubungkan penaja di Malaysia dengan anak-anak yatim dan keluarga asnaf di Palestin. Tajaan bulanan membantu memenuhi keperluan asas, pendidikan dan kebajikan mereka secara konsisten.

 

Alhamdulillah, hasil sokongan para penaja yang prihatin melalui Kempen Penajaan MyCARE, agihan tajaan kepada anak-anak yatim dan keluarga asnaf Palestin telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Palestinian Orphan Home Association (Darul Yateem) dan MyCARE Gaza.

 

Seramai 186 orang anak yatim dan keluarga asnaf telah menerima tajaan dalam bentuk baucar membeli-belah (shopping voucher) yang boleh digunakan untuk mendapatkan keperluan harian mengikut keperluan masing-masing.

 

Pendekatan ini dipilih kerana ianya lebih mudah, fleksibel dan berkesan dalam memastikan penerima memperoleh keperluan asas yang diperlukan. Di samping itu, ianya membantu menyediakan sokongan nutrisi yang penting untuk tumbesaran serta kesejahteraan anak-anak yatim dan keluarga mereka.

 


 

 

 

 

Agihan telah dilaksanakan di beberapa pusat membeli-belah utama di Gaza. Oleh itu, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penaja yang terus bersama dalam misi membantu anak-anak yatim dan keluarga yang memerlukan di Palestin.

 

Sumbangan anda bukan sekadar memenuhi keperluan harian mereka, malah membawa harapan dan sinar baharu di tengah-tengah cabaran yang berpanjangan.

 

 

Teruskan menyokong usaha kebajikan ini melalui: https://mycare.qrd.by/bay

 

Atau jadilah sebahagian daripada perubahan yang mereka nantikan melalui tajaan secara bulanan/tahunan: https://mycare.qrd.by/sponsorshipyatim

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi: Ruhaiza Musanip +60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Walk For Humanity 2026 Kuantan

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh jayanya program Walk For Humanity 2026 di IIUM Kuantan. Terima kasih buat seluruh warga Kuantan yang telah hadir bagi memeriahkan