Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.

 

Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan oleh MyCARE untuk membantu anak-anak mendapatkan peluang pendidikan dan membina masa depan yang lebih baik.

 

Di sini, anak-anak bukan sahaja belajar membaca, menulis dan mengira, tetapi turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan diri.

 

Pelbagai aktiviti pembelajaran dan pembangunan diri dijalankan dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Antaranya termasuk aktiviti sains, seni, sambutan kemerdekaan dan aktiviti berkumpulan.

 


 

 

 

 

 

Lebih daripada sekadar tempat belajar, LC Kulai menjadi ruang untuk anak-anak mendapat perhatian, kasih sayang, bimbingan dan sokongan.

 

Matlamat utama LC Kulai adalah untuk memastikan setiap anak mendapat peluang untuk belajar, berkembang dan membina impian tanpa mengira latar belakang mereka. Kerana setiap anak berhak mendapat peluang untuk masa depan yang lebih baik.

 

Kini LC Kulai sudah berusia 8 tahun. Jom support LC Kulai!

 

MyCARE – Nurturing Humanity, Making a Difference.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Walk For Humanity 2026 Kuantan

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh jayanya program Walk For Humanity 2026 di IIUM Kuantan. Terima kasih buat seluruh warga Kuantan yang telah hadir bagi memeriahkan