Alhamdulillah, MyCARE telah dijemput menghadiri sesi perkongsian maklumat berhubung perkembangan terkini Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia.
Pertemuan ini menghimpunkan wakil-wakil NGO dan aktivis kemanusiaan untuk bertukar-tukar pandangan dan menyelaraskan inisiatif bersama supaya lebih berstruktur dan berimpak tinggi demi membela hak rakyat Palestin dan memelihara amanah untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa daripada tangan Zionis.
Semenjak berlakunya peristiwa Taufan Al-Aqsa, pencerobohan oleh pendatang haram dan penceroboh Zionis ke atas Masjid al-Aqsa semakin kerap dan agresif.
Pada waktu yang sama, sekatan ketat serta provokasi berterusan secara zalim menafikan hak asasi warga Palestin untuk memasuki Masjid al-Aqsa untuk beribadah, sedangkan penceroboh Zionis pula bebas melakukan ritual mereka di kompleks suci tersebut.
Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada gerakan yang lebih berimpak di masa hadapan. Dengan sokongan berterusan seluruh ummah, kita bertekad untuk terus berdiri teguh menentang kezaliman Zionis dan memperjuangkan pembebasan Masjid al-Aqsa sehingga kembali sepenuhnya ke pangkuan umat Islam.