Assalamualaikum w.b.t.
Pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) berbesar hati menjemput rumah-rumah anak yatim untuk menyertai Kejohanan Futsal Piala MyCARE 2026 sempena World Orphans Day 2026.
Kejohanan ini bertujuan mencungkil bakat sukan, membina keyakinan diri dan memupuk semangat kesukanan serta kerjasama dalam kalangan anak-anak yatim.
BUTIRAN KEJOHANAN
Tarikh: 14 November 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang
Tempat: OneTiger Arena, Kajang
Umur peserta:13–17 tahun
Pemain: 10 orang setiap pasukan, termasuk pemain simpanan
APA YANG MENANTI PARA PESERTA?
– YURAN PENYERTAAN PERCUMA!!
– Hadiah wang tunai untuk:
Juara,, Naib Johan, Tempat Ketiga, Tempat Ketiga Bersama
– Medal dan Piala Pusingan
– Sijil penyertaan
– Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan
– Sokongan perubatan kecemasan (paramedik) di lokasi kejohanan
– Elaun pengangkutan sehingga RM30 bagi setiap peserta, jika diperlukan dan tertakluk kepada ketetapan penganjur.
PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!
Tarikh tutup pendaftaran: 30 Oktober 2026
Pihak rumah anak yatim dialu-alukan untuk menghantar lebih daripada satu pasukan bagi memberikan peluang penyertaan yang lebih luas kepada anak-anak di bawah jagaan masing-masing.
Sila klik link di bawah untuk mendaftar dan mengesahkan penyertaan.
https://forms.gle/FsseZV1oATmKe9Ab7
Jom sertai kejohanan ini dan berikan peluang kepada anak-anak untuk menyerlahkan potensi mereka!
Pertanyaan lanjut: Encik Ameer Anuar: +60 11-3957 0042
Perbincangan Palestin daripada sudut agama
Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan? Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per