MyCARE telah melaksanakan Program Agihan Pek Makanan pada di 3 kem pelarian sekitar An-Nuseirat. Inisiatif khas ini berjaya menjangkau 456 buah keluarga yang meliputi seramai 2,736 orang individu terjejas di tiga buah kem pelarian di kawasan selatan Gaza.
Setiap pek dilengkapi beras, minyak masak, makanan tin, dan keperluan asas lain bagi mengembalikan nutrisi serta mengurangkan beban kewangan isi rumah yang daif.
Usaha memulihkan krisis keterjaminan makanan kekal menjadi antara keutamaan kritikal dalam operasi kemanusiaan di Gaza.
Setinggi-tinggi penghargaan kami titipkan kepada semua penyumbang MyCARE yang terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin.
Semoga setiap sen yang diinfakkan menjadi asbab mengalirnya rezeki, mengurangkan penderitaan, dan mengembalikan harapan serta senyuman buat mereka yang memerlukan.
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik…” Surah Al-Baqarah: 267
Jom bantu di: