Bagaimanakah anak-anak Palestin mampu mempertahankan jati diri apabila kehidupan harian mereka dikepung ratusan pos kawalan tentera?
Laporan OCHA 2026 mencatatkan 925 halangan pergerakan fizikal yang menyekat akses sosial serta pendidikan anak-anak di Tebing Barat ini.
Menyedari kepentingan al-Quran sebagai tunjang utama ketahanan ummah, MyCARE menggerakkan projek Adopt a Hafiz di Tebing Barat. Bermula 15 Jun 2026, sebanyak 16 buah halaqah diaktifkan di Taffouh dan Beyt Ommar bagi membimbing 320 orang pelajar, terutamanya golongan anak yatim.
Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat Al-Bukhari)
Penyuburan pendidikan al-Quran ini merupakan keutamaan kritikal dalam membina semula ketahanan jiwa generasi penerus Palestin.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para dermawan MyCARE yang setia menyemai benih kebaikan di bumi barakah.
Semoga setiap bait ayat yang dihafal menjadi saksi ketulusan anda, menghapuskan dosa, dan memberi saham di akhirat nanti.