Sehelai Baju Raya Untuk Anak-Anak Yatim & Asnaf

Alhamdulillah, SPE Kuala Lumpur dengan kerjasama MyCARE telah memasuki tahun ke-5 penganjuran program Sehelai Baju Raya. Seramai lebih 350 orang anak yatim dan asnaf bersama para pengiring telah menerima agihan baju raya yang diadakan di Jakel, Bangi.

 

Program ini bukan sekadar memberi Pakaian Baru tetapi menghadiahkan senyuman, keyakinan dan rasa dihargai menjelang Syawal.

 

Wajah-wajah kecil yang pada awalnya malu dan sederhana, bertukar ceria saat memilih baju raya impian masing-masing. Ada yang memegang erat pakaian pilihan mereka dengan mata yang bersinar, ada yang tersenyum lebar melihat diri di cermin buat pertama kali mengenakan pakaian baru.

 

Bagi mereka, sehelai baju raya bukan sekadar pakaian malah ia adalah simbol kasih sayang, perhatian dan ingatan bahawa mereka tidak pernah dilupakan.

 

Mereka hadir mewakili rumah-rumah berikut:

 

1. Tahfiz Serdang
2. LC Sg Tekali
3. Pusat Jagaan Budi Bistari
4. Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Selangor dan Kuala Lumpur
5. Persatuan Kebajikan Rumah Anak Yatim Damai Kuang
6. Maahad Tahfiz Kebajikan Amal Ummah
7. Pusat Jagaan Haneen Firdous
8. Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor Bakti Dato’ Harun
9. Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR)
10. Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia
11. Rumah Bakti Al Kausar

 


 

 

 

 

Terima kasih kepada semua penyumbang yang menjadikan kegembiraan ini satu kenyataan.

 

Hulurkan sumbangan anda hari ini:

 

atau

 

Taja anak yatim Palestin secara bulanan / tahunan melalui:

 

Setiap sumbangan anda membawa sinar harapan dan kegembiraan buat mereka yang memerlukan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan

Laporan MyQurbani 2026

Alhamdulillah, MyQurbani 2026 berjaya dilaksanakan bagi tahun ke-28 hasil sokongan anda semua.   Sepanjang kempen ini, sebanyak RM2.33 juta berjaya dikumpulkan dan ibadah qurban serta

Kunjungan Global Ehsan Relief ke MyCARE

MyCARE berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Global Ehsan Relief ke Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan bagi mengadakan sesi diskusi dan pertukaran pandangan