MRT 3.0 Terengganu melabuhkan tirai dengan harapan baharu untuk Palestin & kemanusiaan

Berakhir sudah siri MyCARE Road Tour (MRT) 3.0 di Terengganu dengan sambutan hangat daripada masyarakat setempat.

 

Terima kasih di atas sokongan masyarakat Terengganu yang begitu komited memberikan dokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

 

MRT 3.0 ini bermula pada 24 September 2025 apabila wakil MyCARE, Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh (Felo Kanan MyCARE, Ahli Misi Flotilla 2018) dan Puan Roha Hassan (Pengurus Besar Operasi MyCARE) bersiaran dalam Slot Radio Manis FM: Bersamamu Palestin. Dalam slot ini, kedua-duanya menekankan kepentingan solidariti rakyat Malaysia untuk terus menyokong Palestin dari segi doa, kesedaran dan sumbangan berterusan.

 

Kemuncak program adalah Majlis Hi Tea Kemanusiaan: Bersamamu Palestin yang bertempat di Quinara Al-Safir Resort, Kuala Nerus, Terengganu.

 

Program Hi Tea Kemanusiaan Bersamamu Palestin di Terengganu ini merupakan satu usaha secara kolaborasi antara Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Persatuan Persaudaraan Muslimah (SALIMAH), Pertubuhan Aspirasi Jaringan Wanita (AJWA) dan KRT Perumahan Taman Batu 10.

 

Majlis dimulai dengan ucapan dari Puan Roha Hassan, Pengurus Besar Operasi MyCARE tentang bantuan-bantuan yang telah diagihkan kepada Palestin oleh MyCARE dan perkembangan terkini MyCARE.

 

Seterusnya, perkongsian dari Saudari Razan A. M. Shehab (pelajar UM, berasal dari Palestin), tentang cabaran sebagai rakyat Palestin dan kedukaaan yang dihadapi dengan kehilangan saudara-mara, rakan-rakan terdekat serta rakyat Palestin secara keseluruhan.

 


 

 

 

Perkongsian terakhir pula adalah daripada Saudara Mu’ab Muzahar (Aktivis MyCARE Terengganu) tentang segala kekejaman yang dilakukan Zionis ke atas Palestin dan mengajak para hadirin untuk terus memberi bantuan tidak kira dari segi kewangan, doa, kerja kemanusiaan dan sebagainya dengan harapan dapat mengakhiri penderitaan penduduk Palestin.

 

Objektif utama majlis ini adalah untuk mengumpulkan dana bagi Tabung Kecemasan Gaza MyCARE, di samping menyampaikan mesej kemanusiaan kepada hadirin.

 

Kehadiran masyarakat Terengganu yang memenuhi dewan mencerminkan semangat kebersamaan yang tinggi terhadap isu Palestin.

 


 

 

 

MyCARE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan MRT 3.0 Terengganu ini khususnya kepada para penyumbang dari MyCARE, IKRAM, Persatuan Staf Akademik Unisza, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (Terengganu), Pertubuhan Aspirasi Jaringan Wanita (AJWA), Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) Terengganu, KRT Perumahan Taman Batu 10, Sekretariat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Unisza, Usrah Bonda, Usrah Barakah, Tokku Leko, Jemaah Kuliah Dhuha Surau Ar Rashidin, Wakaf Tembesu dan lain-lain.

 

Walaupun MRT 3.0 Terengganu telah melabuhkan tirainya, MyCARE menyeru rakyat untuk terus teguh memberikan sokongan, bantuan, serta doa buat rakyat Palestin dan mereka yang sedang diuji.

 

Mohon rakyat Terengganu terus sokong Palestin, Kemanusiaan dan MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.