MyCARE telah bersama Klinik Kesihatan (KK) Seri Kembangan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Program Imunisasi Kebangsaan bagi suntikan vaksin kepada komuniti Rohingya di Flat Pinggiran Putra seramai lebih kurang 166 orang kakak-kanak Rohingya.
Suntikan ini bertujuan untuk melindungi mereka daripada penyakit campak dan rubella yang boleh menyebabkan komplikasi serius, meningkatkan liputan imunisasi dan memberi perlindungan awal bagi mencegah penularan lebih meluas penyakit berkenaan.
Terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah meluangkan masa dan tenaga. Kehadiran anda bukan sahaja membantu pasukan perubatan, tetapi juga membawa senyuman dengan tambahan aktiviti sokongan kepada komuniti yang memerlukan.
MyCARE akan meneruskan membantu Klinik Kesihatan (KK) Seri Kembangan dalam mencari komuniti yang terlibat. Nantikan hebahan seterusnya. insyaAllah