Bantuan mangsa gempa bumi Afghanistan

Alhamdulillah, dengan sokongan rakyat Malaysia melalui MyCARE, misi bantuan untuk mangsa gempa bumi di Afghanistan telah berjaya dilaksanakan.

 

Sebanyak 200 buah keluarga terkesan di Pathan Camp, Daerah Nur Gul, Wilayah Kunar menerima bantuan segera berupa kit makanan dan kit kebersihan.

 

Bantuan ini amat penting bagi memastikan mereka dapat bertahan dalam keadaan pasca bencana, menjaga kesihatan serta kesejahteraan keluarga.

 

Bukan sekadar pengagihan barangan, kempen kesedaran mengenai amalan kebersihan dan pengendalian makanan turut disampaikan kepada penerima manfaat. Usaha ini dilaksanakan oleh Humanitarian Assistance Society (HAS) dengan kerjasama MyCARE.

 


 

 

 

Ramai penerima manfaat meluahkan rasa syukur. Ada yang kehilangan rumah, ladang, malah ahli keluarga tersayang. Ada juga yang kini hidup tanpa tempat berteduh, hanya berbekalkan semangat untuk terus bertahan.

 

Bantuan ini walaupun kecil nilainya, telah membawa sinar harapan kepada mereka.

 
Tonton video
 

Setiap sumbangan yang disalurkan menjadi penyambung nyawa dan bukti kasih sayang rakyat Malaysia terhadap saudara kita di bumi Afghanistan.

 

Terima kasih penyumbang MyCARE!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!