Agihan pek makanan di Jordan

MyCARE telah melaksanakan misi kemanusiaan di Kem Pelarian Al-Mushairfa, Jordan.

 

Sebanyak 400 pek makanan telah berjaya diagihkan kepada 400 keluarga pelarian Palestin yang tinggal di kem tersebut. Dalam keadaan kehidupan yang serba kekurangan, bantuan asas seperti makanan menjadi sumber kekuatan untuk mereka terus bertahan.

 

Agihan ini juga memberi kelegaan kepada para ibu bapa yang saban hari berusaha menyediakan makanan buat anak-anak mereka walaupun dalam keadaan serba terbatas. Kehadiran pek makanan ini sedikit sebanyak mengurangkan beban yang mereka tanggung.

 


 

 

 

 

Usaha ini membuktikan bahawa meski jauh beribu batu, rakyat Malaysia tetap dekat di hati mereka melalui sumbangan yang disampaikan. Inilah bukti bahawa solidariti kemanusiaan tidak mengenal sempadan.

 

Terima kasih penyumbang MyCARE!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!