[PalestinDiserang] Bantuan pek makanan

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menyalurkan bantuan pek makanan kepada keluarga Palestin di Kem Pelarian An-Nuseirat, Gaza.

 

Dengan sokongan padu daripada rakyat Malaysia, sebanyak 314 buah keluarga menerima manfaat daripada agihan kali ini. Pek makanan ini mengandungi beras, gula, minyak masak, keju, daging, teh, garam, tomato dalam tin, pes tomato, jagung dan bahan asas lain bagi memastikan keluarga yang terbeban tetap mendapat nutrisi penting untuk kelangsungan hidup.

 

Selain membantu keluarga miskin, agihan ini juga memberi bantuan kepada kakitangan majlis perbandaran An-Nuseirat yang terus bekerja dalam keadaan kritikal demi menjaga kebersihan dan kelangsungan hidup komuniti.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

Para penerima menyatakan rasa syukur dan gembira kerana bantuan ini hadir tepat pada masanya, iaitu ketika krisis makanan semakin meruncing. Bagi mereka, daging dan keju yang disertakan amat bermakna kerana sudah lama tidak dapat dinikmati.

 

Projek ini bukan sahaja mengisi perut yang lapar, malah menguatkan hubungan antara rakyat Gaza dengan rakyat Malaysia yang tidak pernah melupakan mereka.

 

 

Setiap sumbangan anda adalah harapan untuk mereka meneruskan hidup dalam situasi penuh cabaran ini.

 

Bantuan boleh disalurkan melalui pautan berikut:

 

ATAU terus ke akaun:

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592

 

Hantarkan bukti sumbangan anda ke email account@mycare.org.my atau WhatsApp ke http://wasap.my/60166366369

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!