MRT 3.0 Negeri Perlis Berakhir dengan Jayanya

Alhamdulillah, berakhir sudah MyCARE Road Tour (MRT) 3.0 Negeri Perlis yang berlangsung pada 5 hingga 7 September 2025 yang lalu.

 

MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat Perlis atas sokongan padu sepanjang program berlangsung.

 

Perjalanan MRT di Perlis dimulakan dengan satu temubual khas di Perlis FM, yang menampilkan dua orang wakil MyCARE iaitu Puan Roha Hassan (Pengurus Besar Operasi) dan Ustaz Wan Salahuddin Wan Muda (Pengurus MyCARE Perlis). Perbincangan menyentuh isu kemanusiaan terkini, khususnya kesusahan rakyat Gaza yang kini berada pada fasa kebuluran paling teruk mengikut skala IPC.

 

Turut dikongsikan projek-projek semasa MyCARE, termasuk perkembangan MRT 3.0 yang sedang berjalan di seluruh negara.

 


 

 

 

Pada 6 September 2025, team MyCARE telah berkesempatan menyantuni golongan asnaf di sekitar negeri Perlis. Bantuan disalurkan ke Rumah Lavender Transit OKU & Ibu Tunggal, serta sebuah rumah asnaf di pedalaman yang dihuni seorang penerima berkerusi roda.

 

Apa yang menyentuh hati, penghuni Rumah Lavender walaupun kebanyakannya kurang penglihatan atau buta, masih gigih mencari rezeki dengan kemahiran menganyam bakul dan raga, bukti semangat tidak pernah padam walaupun berdepan kekurangan.

 


 

 

 

Kemuncak MRT Perlis berlangsung pada 7 September 2025 dengan acara Hi-Tea Kemanusiaan Bersamamu Palestin di Hotel Seri Malaysia, Kangar. Sambutan masyarakat Perlis amat menggalakkan, dengan kehadiran ramai melalui pembelian kerusi atau meja atau sumbangan dalam menyatakan sokongon untuk Palestin.

 

Majlis ini telah menampilkan dua ikon aktivis kemanusiaan, Dr. Fauziah Mohd Hasan dan Prof. Madya Dr. Tengku Shahrom Tengku Shahdan, sebagai ahli panel forum Bersamamu Palestin. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi MyCARE, Prof. Dato’ Seri Ir. Dr Kamal Nasharuddin Mustapha.

 

Semoga melalui MRT 3.0 MyCARE Perlis ini, timbul kesedaran dalam kalangan masyarakat dan bangkit bersama untuk terus memperjuangkan pembebasan rakyat Palestin daripada cengkaman rejim Zionis Israel yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memperkasa mobiliti, memperteguh solidariti

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyempurnakan majlis penyerahan sebuah Van Toyota Hiace kepada rakan strategik kami, Palestinian Forum Malaysia (PFM), bertempat di Pejabat MyCARE.  

Tabung Kecemasan Banjir Nepal

Bagaimanakah seorang ibu mampu menatap sisa lumpur apabila rumah dan anak kecilnya dihanyutkan arus sekelip mata?   Lembah Bhote Koshi yang dahulunya tenang kini bertukar

Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa