[PalestinDiserang] MyCARE sedia makanan berkhasiat

Di Gaza hari ini, kebuluran meragut lebih banyak nyawa. Hanya dalam tempoh 24 jam pada 12 Ogos 2025, 5 lagi kematian direkodkan akibat kebuluran.

 

Jumlah keseluruhan syahid disebabkan kebuluran kini mencecah 222 orang dan lebih menyayat hati, 101 daripada mereka adalah kanak-kanak yang tidak sempat merasai keamanan atau kenyang di bumi sendiri.

 

Krisis ini bukan sekadar tentang kekurangan makanan, tetapi tentang bahaya yang semakin mendekat setiap saat. Penutupan laluan bantuan, kemusnahan infrastruktur, dan peperangan yang berlarutan telah memutuskan akses kepada bekalan asas. Anak-anak kecil terpaksa tidur dengan perut kosong, ibu bapa terpaksa memilih siapa yang makan dahulu, dan ramai yang hanya bergantung kepada sisa untuk bertahan hidup.

 

Antara 28 Julai hingga 1 Ogos 2025, MyCARE dengan sokongan rakyat Malaysia telah menyediakan 10,500 hidangan panas dan berkhasiat di Kem An-Nuseirat untuk pelarian dan keluarga miskin.

 


 

 

 

 

 

 

Menu seperti masakan berasaskan terung, sup lobak merah bersama kacang pea dan nasi, serta pasta dimasak di dapur besar berkapasiti industri di Gaza Selatan, sebelum diedarkan terus ke Sekolah UNRWA dan fasiliti Al-Takiyah.

 

Setiap hidangan bukan sekadar mengenyangkan, ia adalah benteng terakhir melawan kematian akibat kebuluran. Dalam situasi di mana makanan menjadi pertaruhan hidup dan mati, bantuan perlu sampai dengan segera. Setiap jam yang berlalu tanpa bantuan bermakna nyawa akan hilang.

 

Kita tidak mampu menunggu esok. Bantuan anda hari ini boleh menjadi sebab seorang anak Gaza terus hidup esok. Jangan biarkan mereka mati dalam diam.

 

Lakukan sesuatu di:

 

 

ATAU terus ke akaun:

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592

 

Hantar bukti sumbangan ke email account@mycare.org.my atau WhatsApp ke http://wasap.my/60166366369

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju