Peluang jadi sukarelawan MyCARE

Sempena MRT 3.0, MyCARE akan mengadakan Training of Volunteer (TOV) di Negeri Sembilan! 

Adakah anda bersemangat untuk membuat perubahan sebagai sukarelawan dan meneroka dunia kerja kemanusiaan bersama MyCARE?

Jika jawapan anda ‘YA’, maka anda adalah orang yang kami cari! 

Sebagai peserta TOV, anda berpeluang terlibat dalam menyumbang bagi projek Palestin, Yaman, Syria, Lubnan serta membantu warga dari negara-negara lain yang memerlukan. Selain memperkenalkan usaha kemanusiaan MyCARE, kami akan membantu anda mewujudkan cita-cita untuk menyumbang dalam kerja-kerja kemanusiaan.

Sertai kami dalam TOV anjuran MyCARE Negeri Sembilan ini, merupakan langkah pertama yang penting untuk menjadi sukarelawan yang komited dan ketahui peranan sebagai seorang sukarelawan.

TOV MyCARE Negeri Sembilan 2025
Tarikh: 10 Ogos 2025 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Pejabat IKRAM Negeri Sembilan
Yuran program: RM10

Yuran pendaftaran boleh dibayar di:
(https://bit.ly/YuranTOV2025)

Atau salurkan ke no akaun berikut:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602 13 5592
Rujukan: TOVN9
Resit boleh dihantar ke wasap.my/+6018-3675212

Selepas membuat bayaran, sila daftar TOV di sini SEKARANG! Tempat adalah terhad!
https://bit.ly/TOVMyCAREN9

Anda akan menerima :
– Sijil Penyertaan
– Buku Panduan Sukarelawan
– Peluang menyertai pasukan MyCARE Negeri Sembilan

Tarikh tutup pendaftaran: 5 Ogos 2025

Ayuh! Sebarkan kepada kawan-kawan anda.

Jumpa anda di sana!

2 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Projek Adopt a Hafiz

Ketika ramai kanak-kanak di Gaza berdepan kehilangan tempat tinggal, kemiskinan dan trauma peperangan, masih ada yang istiqamah menghadiri halaqah Al-Quran untuk menghafaz kalam Allah SWT.

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah

Peluang akhir sertai MyQurbani

Berita baik untuk yang belum menyertai MyQurbani.Kami lanjutkan tempoh bagi 5 pakej iaitu Pakej Somalia, Yaman, Syria, Sejuk Beku dan Sedekah Daging Gaza sehingga 24