Handala teruskan misi pecahkan sekatan Gaza!

Adakah kami akan berhenti selepas Madleen ditawan?

 

Tidak!

 

Kini, giliran Handala membawa suara dunia untuk memecahkan sekatan rejim Zionis ke atas Gaza.

 

Kapal Handala telah pun berlepas dari Siracusa, Sicily, Itali dan dijadual akan singgah sebentar di Gallipoli sebelum menuju ke Gaza.

 

Kapal ini membawa 18 orang kru dan anak kapal. Dua orang daripada adalah ahli parlimen dari Perancis.

 

 

Kami di MyCARE memerlukan sokongan anda. Kerja ini tidak mudah tetapi tidak mustahil.

 

Jika Handala mampu untuk masuk ke Gaza, ia akan membuka pintu untuk kapal-kapal lain masuk menghantar bantuan.

 

Sebaran dari anda sangat lah penting agar kedudukan Handala sentiasa mendapat perhatian dunia.

 

Anda boleh ketahui kedudukan terkini Handala melalui pautan ini: https://freedomflotilla.org/ffc-tracker/

 

Untuk menyumbang kepada misi ini, KLIK: https://mycare.qrd.by/misiflotillagaza

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!