Training of Volunteers Julai 2025

“TOV ini sangat bermanfaat, tersusun dan dijalankan dengan baik.”
“Ia memberi pendedahan yang menyeluruh kepada peserta tentang kerja kemanusiaan serta peranan penting sukarelawan.”
“Pengisian sangat bermakna dan tenaga pengajar semuanya berpengalaman.”
Alhamdulillah, begitulah antara maklumbalas yang kami terima selepas tamat latihan.

 

Kami telah menerima kunjungan anak-anak muda dari USIM CARE, ManTour, PMFKP, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Ibu Pejabat MyCARE untuk mengikuti Training of Volunteers (TOV) anjuran MyCARE HQ. Melalui TOV ini, dari sesi ice breaking sehingga ke aktiviti berkumpulan setiap saat peserta penuh dengan tawa, semangat dan rasa ingin belajar serta menunjukkan komitmen luar biasa.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

Perkara utama dalam sesi latihan ini adalah peserta dapat mengetahui lebih mendalam tentang MyCARE dan peranan yang boleh diceburi ketika menjadi sukarelawan bersama MyCARE. Tambahan topik berkenaan Core Humanitarian Standard (CHS) dan Child Safeguarding Policy menambah pengetahuan sukarelawan dalam mematuhi 9 komitmen piawaian kemanusiaan di peringkat antarabangsa serta cara terbaik ketika menyantuni golongan kanak-kanak.

 

TOV ini bukan sekadar latihan, ia adalah permulaan kepada perjalanan yang lebih besar. Kami percaya anak muda ini akan terus menyinari jalan-jalan kebaikan dengan semangat dan jiwa sukarelawan yang tulus.

 

 


 

 

 

Terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan program ini, terutama para peserta dari USIM yang menceriakan suasana dengan tenaga dan dedikasi luar biasa!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!