Diari Dari Gaza | Mengukir Harapan Dari Celahan Runtuhan

Kehancuran melata. Hampir semua bangunan yang dahulunya berdiri megah kini ranap. Yang tinggal hanyalah sisa-sisa runtuhan yang menjadi bukti kepada pengeboman tak berperikemanusiaan rejim Zionis laknatullah.

“Tidak ada perkataan dalam bahasa Arab yang dapat menggambarkan kemusnahan yang kami lihat,” kata Mariam Abu Shahla, seorang ibu dari kejiranan Tel al-Hawa di bandar Gaza.

Tiada apa yang tersisa di kawasan kejiranannya; seolah-olahnya semuanya telah lenyap ditelan bumi. Yang tinggal hanyalah timbunan batu-batu runtuhan.

“Runtuhan ini telah menelan segala-galanya. Rumah yang dahulunya dipenuhi dengan kenangan kini menjadi kubur kepada impian kami. Segalanya sunyi dan sepi; seolah-olah tiada kehidupan pernah wujud di sini,” suaranya serak menahan kesedihan.

Mariam berdiri di atas tanah yang pernah menjadi tempatnya membesar. Tempat itu kini tiada dinding untuk berlindung, tiada pintu untuk diketuk, dan tiada bumbung untuk berteduh.

“Ini bukan rumah. Ini bukan kepulangan. Ini adalah neraka akibat tangan-tangan penjajah,” kata Mariam sambil menghela nafas panjang.

Di sebalik rintihan ini Mariam tetap berazam untuk terus membina kenangan yang baru. Ini bukan kali pertama Gaza menjadi mangsa pengeboman rejim Zionis. Setiap kali Gaza dimusnahkan, rakyatnya tetap bangkit semula. Bangunannya mungkin musnah tetapi semangat rakyatnya tidak pernah berjaya dipadamkan. Begitulah kentalnya semangat juang mereka.

Benarlah sabda Rasulullah SAW: “Akan ada sekelompok dari umatku yang akan sentiasa berjuang bersama-sama dengan kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak akan dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian. Maka para sahabat bertanya,  Di manakah mereka, ya Rasulullah?

Rasulullah menjawab: “Di Baitul Maqdis dan sekitarnya.” (Riwayat Ahmad, 22320)

***
Ramadan bakal melabuhkan tirai namun saudara kita di Gaza masih perlu diberikan perhatian untuk membina kehidupan mereka semula dikala ditekan oleh pihak penjajah.

Sesungguhnya mereka berhak untuk merasai nikmat Ramadan seperti setiap insan di dunia.

Kongsi rezeki dan salurkan sumbangan anda:
https://mycare.qrd.by/myramadan

ATAU

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan

Hantar bukti pembayaran ke:
http://wasap.my/60166366369 atau myramadan@mycare.org.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk