[PalestinDiserang] Agihan 650 ayam ke Gaza

Alhamdulillah, MyCARE Gaza telah berjaya mengagihkan 650 ekor ayam kepada penduduk Gaza dan keluarga kurang berkemampuan di kem MyCARE dan Sekolah Syuhada An-Nuseirat.

 

Setiap keluarga menerima seekor ayam dengan purata berat antara 1.7 hingga 2 kg sebagai sebahagian daripada Projek Sedekah Daging.

 

Inisiatif ini amat bermakna kerana ayam biasanya mahal dan tidak mampu dibeli, dengan harga sekitar RM 30 per kg.

 

Secara keseluruhannya, 650 buah keluarga dengan purata 6 orang bagi setiap keluarga telah menerima manfaat daripada agihan ini.

 

Keluarga-keluarga ini melahirkan rasa syukur dan penghargaan yang mendalam atas sokongan dan usaha murni MyCARE.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Situasi di Gaza sangat menyayat hati, dengan ramai yang kehilangan tempat tinggal dan terpaksa mengharungi kehidupan yang serba kekurangan.

 

Usaha MyCARE untuk menyediakan bantuan sedekah daging amat dihargai oleh mereka yang menerima, memberikan sedikit kelegaan dalam masa yang sukar ini.

 

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong dan mendoakan kelangsungan usaha kemanusiaan ini.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah

Peluang akhir sertai MyQurbani

Berita baik untuk yang belum menyertai MyQurbani.Kami lanjutkan tempoh bagi 5 pakej iaitu Pakej Somalia, Yaman, Syria, Sejuk Beku dan Sedekah Daging Gaza sehingga 24

Terima kasih semua!

Dipintas dan diculik bukan bererti misi ini gagal.   Perjuangan ini akan terus diwarisi dari generasi ke generasi untuk mencabar kuasa-kuasa besar yang menindas.