Anak-anak MyC4RE menang pertandingan mewarna

Syukur ke hadrat Ilahi pada petang Jumaat, 1 Disember 2023 yang berkah, 3 daripada 6 anak-anak MyC4RE Kulai telah berjaya memenangi pertandingan mewarna di bawah slot IKRAM Junior Kulai dan Senai yang bertempat di Masjid ar-Rahman, Taman Putri, Kulai.

 

Pertandingan ini adalah antara pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sempena Sambutan Hari Kekeluargaan kerjasama Wanita IKRAM Kulai dan Senai bersama-sama anggota jawatankuasa (AJK) Helwa dan pengurusan Masjid ar-Rahman, Taman Putri, Kulai.

 

Dibahagikan dalam 3 kategori umur yang berbeza, 2 orang murid perempuan MyC4RE Kulai telah menduduki tempat kedua manakala seorang murid lelaki menduduki tempat pertama dalam peringkat usia yang berlainan bersaing bersama-sama anak-anak tempatan yang lain. Alhamdulillah!

 


 

 

 

Selain itu, MyC4RE telah membuka meja untuk jualan bagi Tabung Pendidikan MyCARE yang telah diwakili oleh Puan Nurhanis, Koordinator Pendidikan bersama Puan Ryn Diamson dan Cikgu Nursyazwani Paiman daripada MyCARE Johor.

 

Sebelum tamat program, sebuah sesi perkongsian berkaitan isu Palestin telah diberikan oleh saudari Nor Shahidatul Akma sebagai wakil MyCARE, Guru Besar MyC4RE Kulai dan juga merangkap pengiring anak-anak MyC4RE Kulai ke program tersebut.

 

Tahniah buat seluruh anak-anak, ibu bapa/penjaga, pihak pengurusan Masjid ar-Rahman dan IKRAM Junior dan Wanita IKRAM Kulai dan Senai kerana telah berjaya menganjurkan dan melibatkan ramai pihak dalam program kemasyarakatan ini khasnya buat masyarakat sekitar untuk memperkasakan semula peranan keluarga dan juga masjid.

 

Sekian.

 

Oleh NSA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah

Peluang akhir sertai MyQurbani

Berita baik untuk yang belum menyertai MyQurbani.Kami lanjutkan tempoh bagi 5 pakej iaitu Pakej Somalia, Yaman, Syria, Sejuk Beku dan Sedekah Daging Gaza sehingga 24

Terima kasih semua!

Dipintas dan diculik bukan bererti misi ini gagal.   Perjuangan ini akan terus diwarisi dari generasi ke generasi untuk mencabar kuasa-kuasa besar yang menindas.