Kemanusiaan Sejagat bakal hantar pasukan perubatan ke Mesir

MyCARE menerima kunjungan Lt. Kdr. (B) Dr. Mawar Abdul Rahman, Bendahari Sekretariat Kemanusiaan Sejagat iaitu gabungan NGO seperti MAPIM, Suara Prihatin, Pakatan Pemandu, Konsortium Ukhuwah, Yayasan Makmum Malaysia dan Pertubuhan Kembara Amal (PEKA).

 

Kunjungan ini bertujuan untuk mandapatkan pendapat serta pandangan dari MyCARE bagi gabungan ini menghantar pasukan perubatan selaku team bantuan awal dan kecemasan bagi membantu rakyat Gaza di Mesir.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar, yang baru pulang dari Mesir Sabtu lalu berkongsi dapatan hasil Misi Kecemasan Mesir-Gaza 3.

 

 

Menurut beliau, keadaan dan keperluan di Gaza sangat meruncing; namun sebarang bantuan negara asing secara terus adalah tidak dibenarkan melainkan melalui jalinan kerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (PBSMM).

 

Pertemuan ini merumuskan bahawa, satu bentuk kerjasama antara Sekretariat Kemanusiaan Sejagat dan MyCARE boleh dijalinkan secara rasmi bagi memudahkan penyaluran bantuan ke Gaza melalui Pejabat MyCARE di Gaza pada masa depan.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan

Bantuan susu, lampin & kit wanita

Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000