Sumbangan lebih RM500,000 daripada Media Prima

Media Prima Berhad (MPB) menyerahkan sumbangan orang ramai menerusi Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima berjumlah RM524,551.75 kepada Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) bagi membantu penderitaan rakyat Palestin khususnya di Gaza.

 

Penyerahan dilakukan Pengurus Besar Komunikasi Korporat Kumpulan MPB Azlan Abdul Aziz kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Dr. Fauziah Mohd Hasan.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Dr. Muhammad Munawar Mohamed Hatta dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan MPB, Mohamad Farris Effendy Md Salim.

 

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan rakyat Malaysia yang telah menyumbang melalui Tabung kemanusiaan palestin Media Prima. Semoga inisiatif berterusan ini dapat mengurangkan penderitaan yang dihadapi penduduk di Gaza.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan

Bantuan susu, lampin & kit wanita

Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000