Misi Mesir-Gaza 3

Pengerusi MyCARE, Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha bersama CEO MyCARE, Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar telah berangkat ke Mesir pada 21 Disember 2023 dalam Misi Kecemasan Mesir-Gaza 3 dengan tujuan memantau dan mencari usahasama bagi meluncurkan lagi bantuan ke Gaza.

 

Delegasi MyCARE telah melawat mineral water plant di pinggir Kaherah bersama rakan kongsi MyCARE di Mesir, Medics Worldwide (MWW).

 

Walaupun aturan bantuan ini agak mencabar, namun ianya sangat memuaskan apabila menyaksikan barang-barang bantuan MyCARE diangkut ke Al-Arish dan kemudian dihantar ke Gaza melalui Rafah.

 


 

 

 

 

Delegasi juga mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Zamani bin Ismail, Ambassador Extraordinary & Plenipotentiary to the Arab Republic of Egypt dan bertukar pandangan mengenai kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh MyCARE untuk rakyat Palestin.

 

Semalam, ahli misi mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Diab Allouh, Duta Besar Kedutaan Negara Palestin ke Mesir.

 

Selain memperkenalkan MyCARE kepada Tuan Yang Terutama, perbincangan tertumpu kepada kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh MyCARE untuk rakyat Palestin.

 


 

 

 

 

Pada masa ini, MyCARE sedang menyusun bantuan dari Mesir untuk masuk ke Gaza. Antara bantuan yang akan dihantar seperti ambulans, keperluan perubatan, air minuman, khemah perlindungan, pakaian dan keperluan musim sejuk.

 

MyCARE berbesar hati dan gembira dapat menjalinkan kerjasama dengan para sukarelawan dari seluruh dunia yang berkongsi tujuan yang sama, untuk membantu meringankan penderitaan saudara-saudara dan anak-anak kita di Palestin khususnya di Gaza.

 

MyCARE juga berterima kasih kepada semua penyumbang terutamanya rakyat Malaysia atas kemurahan hati dan keprihatinan serta kesungguhan membawa isu Palestin.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.