Komitmen jangka panjang bantuan kemanusiaan

Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Bin Mustapha, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dijemput sebagai salah seorang penceramah pada ‘5th International Conference on Universal Wellbeing (ICUW2023)’ yang telah dijalankan di Universiti Indonesia, Jakarta anjuran Perkumpulan Akademisi dan Saintis Indonesia (ASASI).

 

Dalam perkongsiannya bertajuk ‘Sustainability in Humanitarian Action for Universal Wellbeing’ beliau menegaskan bahawa bantuan kemanusiaan memerlukan komitmen jangka panjang dan bantuan berterusan daripada semua pihak terutama pihak berkepentingan serta sokongan untuk bantuan kemanusiaan dan keperluan asas di negara rentan harus dilihat sebagai pelaburan, bukan semata-mata sebagai kerja amal.

 

 

 

Semua pihak harus bergerak ke arah yang lebih adil dan mampan dalam perkongsian tanggungjawab untuk membiayai tindak balas kemanusiaan yang semakin mencabar.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!