Belasungkawa Ustaz Muhammad Fadhli

MyCARE kehilangan rakan strategik logistik kami, Ustaz Muhammad Fadhli Mustafar Kamar akibat kemalangan jalan raya pada 16 November 2023.

 

Arwah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang cahaya mata.

 

Arwah merupakan seorang yang ceria, peramah dan sentiasa bersedia berkhidmat untuk kerja-kerja kemanusiaan.

 

Ustaz Fadhli terlibat pelbagai aktiviti agihan antaranya Gift Of Smile tahun 2021, agihan ketika PKP dan Covid, agihan MyRamadan (2020, 2021,2022), agihan Bantuan Bencana Dalam Malaysia (2020, 2021, 2022 dan 2023), agihan untuk Veteran ATM dan Bekas PDRM sempena Bulan Kemerdekaan (2021, 2022) dan banyak lagi.

 


 

 

 

 

 

 

 

Kali terakhir arwah berkhidmat dengan MyCARE dalam penghantaran bantuan OpsIhsan daripada collection point Hospital Pakar Al-Nur ke gudang MAPIM sebelum diterbangkan ke Mesir untuk disalurkan kepada penduduk Gaza.

 

Semoga Allah menempatkan arwah bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.

 

MyCARE mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Ustaz Muhammad Fadhli Mustafar Kamar atas kehilangan ini.

 

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!