Bantuan sampai

MyCARE telah menyalurkan bantuan awal kepada mangsa-mangsa perang di Hospital al-Syifa di Gaza pada Ahad 8 Oktober 2023.

 

Bantuan bernilai USD20,000 atau RM94,460 ini terdiri daripada keperluan perubatan seperti kerusi roda, ubat-ubatan, pampers, sarung tangan, dan medical box.

 

Kemudahan mempunyai ibu pejabat di Gaza serta akaun bank di sana serta jalinan kerjasama daripada pihak kementerian, NGO sehingga pembekal yang memberikan kepercayaan kepada MyCARE telah meluncurkan proses bantuan seawal ini.

 


 

 

 

 

 

MyCARE sentiasa menitik beratkan kecekapan dan ketelusan dalam menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia.

 

Jazakumullahu khairan atas sumbangan kepada Tabung Kecemasan Palestin Diserang. Masih banyak lagi bantuan yang diperlukan mangsa-mangsa serangan rejim Zionis lsrael.

 

Ayuh bersama membantu mangsa-mangsa di Gaza melalui MyCARE. Salurkan sumbangan anda di:

2 comments

  1. mohon bntuan pampers .. akrg saya sakit terbaring blh bjln tapi knw pimpin ..ade mkn ubat epelipsi .jatuh blk air patah tangn mase kne denngi..smpai harini blm shat lgi

    1. Terima kasih kerana mengunjungi website kami.

      Kami berharap tuan dapat menghubungi pihak yang berwajib di kawasan tuan, sama ada ADUN, JKKK, JKM atau lain-lain. Mereka akan menentukan jenis bantuan yang sewajarnya. Semoga abang tuan sembuh dengan segera.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!