MyCARE lancar tabung kecemasan bencana gempa bumi Morocco

Sekurang-kurang 2,012 kematian telah disahkan dan 2,059 mangsa cedera, termasuk 1,404 berada dalam keadaan kritikal susulan gempa bumi terburuk yang melanda Maghribi awal pagi Sabtu, menurut Kementerian Dalam Negeri Maghribi.

 

Gempa bumi dengan magnitud 6.8 melanda kawasan pergunungan yang jaraknya 72 kilometer di barat daya bandar pelancongan Marrakesh. Dua wilayah paling terkesan dalam bencana gempa bumi berdarah sepanjang tempoh enam dekad di Maghribi, wilayah Al-Haouz dan wilayah Taroudant masing-masing mencatat angka korban sebanyak 1,293 dan 452 mangsa.

 

Menurut agensi media, penduduk tempatan terpaksa menggunakan tangan dan penyodok bagi mencari mangsa yang masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

 

Bukan sahaja kemusnahan harta benda, ramai mangsa gempa bumi Morocco kehilangan ahli keluarga mereka dalam sekelip mata.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 300,000 penduduk terkesan di Marrakesh serta kawasan sekitar, manakala Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) menjangkakan usaha menangani impak bencana itu mengambil masa berbulan-bulan, bahkan mungkin bertahun.

 

Kemusnahan besar akibat bencana gempa itu semestinya memerlukan sokongan penuh masyarakat dunia untuk membantu mangsa yang terjejas.

 

Justeru itu, prihatin dengan mangsa bencana yang terkesan, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) melancarkan tabung kecemasan gempa bumi Morocco bagi menampung keperluan segera dan mendesak buat mereka di sana.

MyCARE juga sedang berusaha untuk mengenalpasti dan menyelaraskan kerjasama dengan rakan NGO tempatan bagi menyalurkan sumbangan kemanusiaan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

 

MyCARE menyasarkan RM100,000 bagi permulaan bantuan untuk menampung perbelanjaan keperluan asas mangsa yang terlibat termasuk pek makanan (sedia dimakan) dan khemah perlindungan.

 

Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Ketua Pegawai Eksekutif
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan

Laporan MyQurbani 2026

Alhamdulillah, MyQurbani 2026 berjaya dilaksanakan bagi tahun ke-28 hasil sokongan anda semua.   Sepanjang kempen ini, sebanyak RM2.33 juta berjaya dikumpulkan dan ibadah qurban serta

Kunjungan Global Ehsan Relief ke MyCARE

MyCARE berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Global Ehsan Relief ke Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan bagi mengadakan sesi diskusi dan pertukaran pandangan